Want your
own Fotopage?



















 
It's not only about beads and beading. It's all about passion...

By: Beauty n The Beads

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  [1]  2  3  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Saturday, 3-Jul-2010 03:07 Email | Share | | Bookmark
Untuk Perhatian



Saya mohon maaf andai ada yang kecewa. Sesungguhnya keputusan ini terpaksa kubuat dengan hati yang
amat berat, tidak terniat namun bimbang tiada kudrat, kelak tak terbuat... Nanti hidup dan rezeki tak berkat...


Sila ke entri di bawah untuk hasil kerjatangan terkini.



Fri 3-Jul-2009 15:27
Posted by:angel n the beads  - [Link]
hah...dh tutup kaa Sat 4-Jul-2009 00:33
Posted by:pakej kawin murah&menarik (dona)  - [Link]
lebih baik berterus terang daripada pelanggan tertunggu2.....semoga perniagaan akan terus maju dan maju...amin... Sat 4-Jul-2009 04:52
Posted by:imazam
View all 4 comments Add comment


Friday, 3-Jul-2009 13:09 Email | Share | | Bookmark
Tempahan daripada Aida

 
 
 
 
 
Turtle neck yang Aida minta saya carikan untuknya
View all 7 photos...
Seperti yang dijanjikan, saya kongsikan di sini tempahan "luar biasa" daripada Aida.

Luar biasa kerana saya tidak pernah menerima tempahan sebegini selama berjinak² dalam dunia sulam manik labuci. Aida meminta saya menyulamkan manik labuci pada sarung lengan berwarna hitam dan krim. Memang tak pernah saya buat dan tak pernah saya jumpa di mana² pun sebelum ini. Wah, cabaran baru untuk saya. Bayangkan kepayahan nak menyusup masuk ke dalam renda yang sudah siap berjahit pada sarung tangan. Apatah lagi jari-jemari saya ni memang semulajadi tak mungil. Jauh sekali runcing...

Ini sarung lengan versi original. Bersulam pada renda dan seluruh sarung yang tinggi sampai ke pangkal lengan.



Transformasi selepas disulamkan manik labuci.






Brilliant bukan? Maksud saya idea Aida itu. Saya sekadar merealisasikannya.
Transisi berfesyen bagi Muslimah masa kini, tidak ketinggalan mahu tampil
bling² namun kekal menutup aurat.

Hmmm, hati kecil saya berbisik "tak mustahil akan menjadi ikutan selepas ini..."

Memang akan menjadi ikutan sarung tangan tu... Fri 3-Jul-2009 13:17
Posted by:eeda manik mosheeda@yahoo.com  - [Link]
perghhh!! mabeles gilezz...
cunn sehhh....syabas mere beety!!
Sat 4-Jul-2009 03:21
Posted by:iera redkanggaroo@yahoo.com
Add comment


Monday, 29-Jun-2009 19:06 Email | Share | | Bookmark
Tudung untuk Aida©

 
 
 
View all 5 photos...
Sedar tak sedar, sudah ada beberapa orang jurusolek yang melanggani tudung Beauty. Seorang lagi Aida, yang jatuh cinta dengan tudung hasil tangan saya selepas melihat ian sham menggayakannya (terima kasih ian!)

Terus menempah sampai lima helai meskipun baru kali pertama.

Ada pelbagai tempahan Aida dan ada antaranya akan saya kongsikan kemudian termasuk permintaannya yang agak luar biasa.

Sementara itu, jom cuci mata




Sampai jumpa lagi!

jahitan yang kreatif akan menyebabkan semua berminat...selamat maju jaya... Thu 2-Jul-2009 12:55
Posted by:imazam
you rock the world beb!!! cayelah..... Fri 3-Jul-2009 05:04
Posted by:balkis annural@yahoo.com  - [Link]
manalah dapat idea gempak macam tu....semuanya cantik,terutama yang wana hitam tu...boleh 'copy' idea x?x mungkin serupa jadinya,maklum la baru nak belajar,boleh pakai untuk raya ni.........

untuk kawan-kawan jom singgah fotopages saya...
http/mamias.fotopages.com.
Fri 3-Jul-2009 07:27
Posted by:mamias asmah78@ymail.com
View all 18 comments Add comment


Wednesday, 24-Jun-2009 09:36 Email | Share | | Bookmark
Tempahan daripada Gee©

 
 
 
View all 6 photos...
Masih dengan tempahan sempena musim perkahwinan yang lalu, datangnya daripada teman sepejabat.

Gee menempah tiga helai tudung Beauty istimewa untuk majlis persandingan adindanya dengan warna tema merah jambu.

Jom cuci mata dengan hasilnya.

Untuk Bondanya, Gee memilih corak ini yang pernah saya sulamkan pada sehelai tudung hitam (sekarang telah dibeli orang)



manakala untuk adindanya yang seorang lagi, Gee sarankan hiasan begini




dan untuk dirinya sendiri, Gee gemarkan hiasan kristal




dipadankan pula dengan perincian pada kurung modennya.



Selepas Subuh, ketika sedang memandu pulang ke kampung halaman, saya terima SMS ini:
Quote:
Sat, 30 May 2009; 6:32:41 am
013367XXXX

Izan, terima kasih. Kita suka sgt. Sgt cantik. Hubby pun suka sgt. Terima kasih bebanyak. Get well soon.
Take care and happy holiday!



Setelah hampir dua minggu tak bertemu, Gee beritahu kepada saya semalam, ibu saudaranya pula mahu menempah sehelai kerana hatinya tak tahan melihatkan pesona koleksi merah jambu waktu kenduri itu.....

da BOMB !!!!! canteks gilerrr.. Mon 29-Jun-2009 06:17
Posted by:dzila dzila.dbeader@yahoo.com  - [Link]
Tumpang Iklan-KAIN SULAM BUKIT TINGGI

"BOLEH BAYAR 2 KALI, APA TUNGGU LAGI===> ALL ARE FREE DELIVERY"

Layari http://sulamqistina.blogspot.com

Mari selagi stok masih ada
Untuk persiapan hari raya ANDA,hantaran perkahwinan, hadiah, majlis pertunangan!!!
selain kelainan penampilan
Tidak mahu manik....boleh guna sulam..
Sulam di jahit dengan manik pun menarik juga
STok harga promosi masih ada lagi
Kain Sulam Bukit Tinggi Indonesia
Punya Kelainan dan sulam yang cantik.....
Lihat dulu....kot2 ada yang berkenan....
Mon 29-Jun-2009 08:36
Posted by:limau merahlimau2@gmail.com
waduh2... mmg cantik
dhla pink tu sweet.... sweet sgt....
Mon 29-Jun-2009 08:59
Posted by:dana mmg cute  - [Link]
View all 27 comments Add comment


Monday, 22-Jun-2009 00:49 Email | Share | | Bookmark
Alhamdulillah

Setelah lebih setahun berada dalam Carta 99 Fotopages Paling Popular, beautynthebeads.fotopages.com a.k.a BnTB mendaki lebih tinggi. Hari ini BnTB menduduki tangga ke-23 (tak pasti berapa jumlah FP yang berdaftar di seluruh dunia tapi di Malaysia sahaja yang aktif ada 61,487), catatan rekod peribadi terbaik setakat ini.

Alhamdulillah, semua ini tidak mungkin terjadi tanpa sokongan, dorongan & doa anda (keluarga tercinta, sahabat handai dan tentunya daripada para pelanggan yang budiman) semua.

Terima kasih tak terucapkan dan saya sayang anda semua!




Di kesempatan ini juga, saya ingin mengucapkan "Selamat Hari Bapa" kepada Ayahanda Zainal Abidin Mahadi.



yang tiada dalam ini gambar tapi tetap sayang Abah juga : akAk, yoSe & some cucu~s

Ucapan Selamat Hari Bapa juga buat PaPa MishaNaDim, aYaH HaZiq RizQi, BaBah HaQQs & DaddY AmaNda.

Alhamdulillah atas segala limpah rahmat dan nikmat daripada Yang Maha Esa.

Pheweeeiiiittt!!! Congrats K Izan.. U deserved it... ALL THE BEST!!!!! Fri 26-Jun-2009 10:13
Posted by:pepari pepari@gmail.com  - [Link]
Tahniah...
Moga terus maju dan dapat tempat dalam TOP 3 pulak......
Sat 27-Jun-2009 05:19
Posted by:knani  - [Link]
Tahniah, dari saya Kak Izan.... Sentuhan mu memikat hati. All the best sis!!!! Wed 1-Jul-2009 02:43
Posted by:nora manik nora.beads@yahoo.com  - [Link]
View all 14 comments Add comment


Tuesday, 16-Jun-2009 09:27 Email | Share | | Bookmark
Tudung Akad Tinie & Adik©

 
Tempahan daripada pasangan adik-beradik dari utara tanahair untuk majlis pernikahan mereka yang turut berlangsung pada musim cuti sekolah baru² ini.

Tini memilih tudung Beauty dengan hiasan bunga oktan berona keemasan untuk dirinya sementara tudung putih berbunga oktan hitam untuk adindanya.





Selamat Pengantin Baru untuk mereka.

hi...

bleh tak bg qoutation hage utk tempah jait manik....tq
Thu 18-Jun-2009 09:33
Posted by:nani lannieacu@hotmail.com
Salam owner yang kreatif ni..tumpang iklan ye..

Cantik!!!! kain 4 baju Kurung Sulam, Kebaya dan Jubah...Latest designs!!!!
Telekung on 10% DISCOUNTS!!
Discounted pos laju to RM5 only...
Free postage if purchasing more than 2 items!!
Hurry!!..promotion ends 30th June 09 see u
http://exclusiveapparel.blogspot.com/
Fri 19-Jun-2009 03:01
Posted by:mamaluq@Reena mamaluqnqis@gmail.com  - [Link]
izan sayang kain renda yg kat bawah tu li kat mana?cantikla Fri 19-Jun-2009 12:34
Posted by:izan72 zalizan72@yahoo.com
View all 14 comments Add comment


Monday, 15-Jun-2009 09:29 Email | Share | | Bookmark
Tudung Akad Anis©

Musim cuti sekolah memang meriah dengan majlis kenduri-kendara terutamanya perkahwinan. Selain Wanie, saya juga menerima tempahan tudung akad daripada Anis.

Meski pernikahannya berlangsung bulan enam, namun Anis telah menghubungi saya tiga bulan lebih awal demi memastikan tudung idaman menjadi miliknya.

Nah, inilah tudung syifon sutera krep putih bersih dengan renda berperincian ringkas sepertimana permintaan Sang Ratu Sehari.




Quote:
Mon 15-Jun-2009 08:56
Posted by:anis (khanishsaian@yahoo.com.my)
IP : 115.133.214.126

hasil tgn kak izan memang cun, sori kak izan anis tak de gambar close up masa pakai tudung beauty masa majlis anis hari tu, sume gambar jauh2, masa anis g cherating hmoon (ehehhe) pakai tudung beauty sume org pandang2 jeling2, heheheh hubby plak macam mawi (jgn jeles) hehe...

nanti berkesempatan nak melaram pakai bj mengantin kiter tu anis amik close up ye... aper pun superb la kak, 4 thumbs up utk akak


Semoga mahligai yang dibina kekal hingga akhir nanti.

sOrRy To LEavE THIS JunK...
PROMOTION!!
Tue 16-Jun-2009 08:16
Posted by:fida betty_0312@yahoo.com  - [Link]
Lawanyaa.....putih bersih, suci.... Tue 16-Jun-2009 13:18
Posted by:angel n the beads  - [Link]



+ Latest Handbags & Wallets Collections (COACH , LV , GUCCI)

+ Jubah Ala Hajaba, Maxi Dress, Blouse Dato Ct

Layari http://www.mamacollections.com

Thanks,
MaMa
Tue 30-Jun-2009 13:53
Posted by:mama
View all 5 comments Add comment


Friday, 12-Jun-2009 03:58 Email | Share | | Bookmark
Tudung Akad Wanie©

cebisan fabrik asal sebelum dan sesudah dipotong
 
 
View all 4 photos...
Tudung Beauty nampaknya terus mendapat tempat di hati kaum Hawa di luar sana.

Wanie mengidamkan corak sulaman yang sama dengan busana pernikahannya diabadikan pada tudung akad yang ditempah. Pantas saya meminta Wanie untuk mengirimkan cebisan fabrik busana tersebut untuk dijadikan panduan. Wanie yang teruja tidak menunggu lama untuk memastikan ia sampai ke tangan saya dengan segera.

Sulaman bunga keemasan pada net lembut saya potong satu persatu dengan teliti. Kuntuman bunga disusun atas syifon sutera krep dan diperindahkan lagi dengan manik jemeki rona keemasan sesuai tema majlis pernikahan.

Dan inilah hasilnya... Terima kasih ye Wanie atas kiriman gambar ini...






Tak boleh tengok entry Izan lama2 ... naik jeles tahap max.... InsyaAllah akan dtg akak mesti nak order 1...nanti kempunan... Wed 17-Jun-2009 13:40
Posted by:eeda manik mosheeda@yahoo.com  - [Link]
betul tu kak eeda. jeles sesangat.... Wed 17-Jun-2009 13:53
Posted by:angel n the beads  - [Link]
meriahnye baju diaaaaa....hasil kj awak mmg tk dpt disangkal lg..pasti c pemakai bangga... Thu 18-Jun-2009 01:43
Posted by:~*gEejAiBeAds*~ gee@hcme.com.my  - [Link]
View all 24 comments Add comment


Sunday, 7-Jun-2009 01:23 Email | Share | | Bookmark
Tudung Annural Balkis©

panduan corak sulaman hasil rekaan pepari. cantik dan kemas kan?
 
 
View all 4 photos...
Entri ini agak terlewat. Saya bercuti seminggu di kampung halaman. Komputer riba pula tertinggal waktu kelam-kabut memunggah barang ke dalam perut kereta. Nak buat entri dengan Blackberry bukan tak boleh, cuma kena sabar lebih menekan papan kekunci yang saiznya jauh lebih kecil daripada kuku sendiri.

Berbalik kepada kisah tudung ini, saya memang kecut perut waktu diamanahkan oleh tuan yang empunya. Bukan setakat risau tak memenuhi kehendaknya tapi untuk memastikan hasil tangan saya nanti boleh "berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah" dengan sentuhan sparing partner yang seorang lagi.

Cabaran tugasan yang satu ini bermula dengan episod mencari materialnya. Rona batik sutera yang sungguh klasik menyebabkan saya berulang sebanyak tiga hari dari satu kedai ke satu kedai mencari warna yang paling sesuai. Awalnya sekadar berpandukan kiriman MMS namun hati cuak bimbang tak sepadan. Lantas saya meminta pepari pinjamkan dulu baju si dia untuk saya bawa bersama. Berulang-alik sepanjang Jalan TAR sambil berbalas SMS dan MMS dengan tuan badan, akhirnya saya memilih sutera syifon tiga warna yang masih panas dalam gulungan kayu.

Pemilihan warna dan corak sulaman manik saya serahkan kepada si pakar manik tabur. Walaupun agak terbatas komunikasi antara kami dek kesibukan pepari, saya teruskan langkah. Hampir mengalah dengan liuk lentuk syifon yang membuatkan bunga peony nampak tak terletak cantik. Taburan maniknya pula, jangan cakaplah... Memang tak terlawan sulaman berseni penuh magis si pepari.

Apapun saya bersyukur kerana kolaborasi ini sempurna jua dan kita tunggu saja komen si tuan punya yang menyarungkan tudung sedondon kurung batik Terengganu istimewa untuk majlis khatam al-Quran sempena perkahwinannya hujung minggu lalu.




Selamat Pengantin Baru Balkis!

Izan tiada kata2 yg terucapkan ....marvellous... Wed 17-Jun-2009 13:37
Posted by:eeda manik mosheeda@yahoo.com  - [Link]
Empire of Elegance ~ Your Online KEBAYA Boutique ~

http://princesscut.fotopages.com

*Ready-made Kebaya.
*Size: XS, S, M, L, XL, XXL, XXXL, XXXXL, XXXXXL, XXXXXXL.
*Worldwide shipping.
*Range: Engagement, Wedding, Dinner, Formal, Casual, Occasional, Office-wear.
Tue 23-Jun-2009 18:24
Posted by:AMY empireofelegance@gmail.com
Promosi Mega Sale dari DurianKahwin.com

PROMOSI MEGA SALE 17/06/09 - 6/7/09
Kunjungila beramai2 di http://www.duriankahwin.com/
Dapatkan cenderahati dan kad kahwin dari Indonesia dengan harga promosi dari Duriankahwin.com
Sekiranya ada sebarang pertanyaan,
bolehlah hubungi kami di admindkc@gmail.com
atau 0162149995 ataupun berinteraksi dengan saya di YM.
YM id saya adalah nuownz.
Kami akan membantu anda.
Jgn lepaskan peluang anda...


Wed 24-Jun-2009 06:38
Posted by:Duriankahwin.com admindkc@gmail.com  - [Link]
View all 30 comments Add comment


Thursday, 28-May-2009 10:28 Email | Share | | Bookmark
Mozaiq

 
 
Tuan punya kebaya ini mulanya meminta saya sulamkan corak seperti baju kurung Riau koleksi Aidilfitri tiga tahun yang lalu. Namun saya mengusulkan rekaan yang lain kerana saya berpendapat corak bunga²an tampak seperti tidak harmoni dengan motif petak² pada fabriknya. Diana menyambut baik cadangan saya untuk mengolah paten manik tabur dan kristal bersegi empat. Corak ringkas begini barangkali ada yang pernah terjumpa di tempat² lain. Mungkin sama tapi tak serupa. Yang penting kreativiti menggabungkan idea untuk mempelbagaikan rekaan. Variasi warna kristal dan manik adalah berdasarkan warna fabrik sutera Thai yang sungguh halus tenunannya.




Diana juga meminta saya mengubahsuai sehelai selendang panjang kepunyaannya menjadi tudung Beauty. Dengan panjang yang menepati ukuran, saya pun menjahitkan butiran kristal sepadan lengan kebaya.

Dan lengkaplah penampilan Diana yang sebenarnya saya kenali menerusi laman Facebook.

Ada sepersalinan lagi kurung moden daripada koleksi
"the young Wealth Advisor" ini sedang menanti giliran untuk dirias. Akan dikongsikan bila sampai masanya.

The young wealth advisor eh...tunggu......hehehe.. Wed 3-Jun-2009 21:35
Posted by:Affiq Artisme qiffa_nawzi@hotmail.com  - [Link]
Salam...
Kami menawarkan pakej2 katering beserta kanopi, makan pengantin beserta meja pengantin dan backdrop, scallop, make up, PA system, gubahan hantaran, kad kawin dll. untuk tahu lebih lanjut sila hubungi:

http://myilham.fotopages.com
kamil - 019 6500432 (qar_mell@yahoo.com)
ina - 019 3075439 (kiter_kiters@yahoo.com)
Thu 4-Jun-2009 07:59
Posted by:mell qar_mell@yahoo.com  - [Link]
agreed wit u sis. rules of thumb - as diajar oleh PN RJ, geometri or abstrak not goes along wit corang bunge2 ni. cantik. Fri 5-Jun-2009 01:48
Posted by:imass  - [Link]
View all 24 comments Add comment


[<<  <  [1]  2  3  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.