It's not only about beads and beading. It's all about passion...

By: Beauty n The Beads

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  4  5  6  7  8  9  10  [11]  12  13  14  15  16  17  18  >  >>]    [Archive]
Friday, 24-Sep-2010 05:51 Email | Share | | Bookmark
Layah Hitam Mell©

 
 
 

...dan ini yang kedua. Alhamdulillah Mell gembira dengan hasilnya.




Friday, 24-Sep-2010 05:44 Email | Share | | Bookmark
Layah Krim Mell©

 
 
 
Pertama kali menempah, Mell terus memesan dua warna asas agar senang disuaipadan...




Thursday, 23-Sep-2010 10:39 Email | Share | | Bookmark
Jardin©

 
 
 
View all 4 photos...
Jika ada yang setia mengikuti laman FP BnTB sejak lebih setahun yang lalu, mungkin pernah melihat "teaser" rekaan ini.

Telah sekian lama sempurna cuma tidak pernah dipaparkan lagi.

dedaunan dan bungaan kecil menghiasi "jardin" (taman)



"cloisonne bead" bermotif anggerik menjadi tarikan utama kuntuman bunga serupa



jemeki bersaiz paling comel disusun bertindih membentuk kelopak bunganya



sang rerama yang memang sinonim dengan BnTB terhasil daripada taburan manik rapat disulam seakan sedang menghidu wangi bunga ◕‿~





Wednesday, 8-Sep-2010 08:09 Email | Share | | Bookmark
Salam Lebaran

 
Kepada semua kenalan, sahabat handai, rakan taulan, teman² sealiran, para pelanggan, penyokong dan pengunjung laman ini, andai ada salah yang tersurat dan tersirat, terucap dan terlakukan sejak dulu hingga kini, mohon dimaafkan.

Sesungguhnya tiada manusia yang tak luput daripada salah, tiada manusia yag sempurna kerana sesungguhnya kesempurnaan itu hanyalah milik Yang Maha Pencipta.

Raikanlah kemenangan, semoga lebaran lebih bermakna...



Fotografi : Artisme Republic | Solekan : Ian Sham | Persalinan : Beauty & the Beads |


Tuesday, 31-Aug-2010 03:18 Email | Share | | Bookmark
Merdekalah!

 
Selepas 53 tahun, masih ada yang dijajah
dijajah nafsu serakah
si comel tak berdosa terus ditinggal bersepah

selepas 53 tahun, masih ada yang dijajah
dijajah dangkal, jumud akal
menafikan yang hak, yang betul disangkal

selepas 53 tahun, masih ada yang dijajah
dijajah hasad, kesumat dan amarah
berkiblatkan ilmu "tak putih", bagai tiada salah

selepas 53 tahun, merdekalah anak bangsaku
usah biarkan dirimu terus dijajah
kelak apalah gunanya menyesal tak sudah

*imej oleh Encik Google*


Selamat Hari Kemerdekaan yang ke-53 Malaysia!


keluh kesah mata basah
Utara Kuala Lumpur, 31 Ogos 2010






[<<  <  4  5  6  7  8  9  10  [11]  12  13  14  15  16  17  18  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net