It's not only about beads and beading. It's all about passion...

By: Beauty n The Beads

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  6  7  8  9  10  11  12  [13]  14  15  16  17  18  19  20  >  >>]    [Archive]
Monday, 16-Aug-2010 08:28 Email | Share | | Bookmark
Ceinture©

 
 
 
View all 4 photos...
Angan-angan mahu mencipta suatu rekaan seperti abaya yang pertama, namun oleh kerana lubang pada gemstone berbentuk titis air mata hanya ada pada pangkalnya, maka terbitlah ilham lain kala ayik bermain dengan bahan² yang tersedia.

Masih tampak ringkas namun tetap unik dalam kelasnya, Alhamdullillah si empunya turut gembira.



inspirasi daripada bentuk loket dan kerongsang, batu permata biru kapur diikat dengan mutiara pada filligree



diterjemahkan menjadi pending memberi ilusi si pemakai tampil langsing



bahagian tangan dihiasi dengan juntaian-juntaian ringkas kelihatan seperti anting-anting




Friday, 13-Aug-2010 15:34 Email | Share | | Bookmark
Charm©

 
 
 
Seperti pernah anda lihat rekaan ini? Ya, tak syak lagi. Inilah latarbelakang kad ucapan "Salam Ramadhan" BnTB yang telah menghiasi dinding laman ini minggu lalu.

Rekaan yang tercipta istimewa untuk sehelai abaya yang dijangka bakal menyemarakkan lebaran tahun ini, seiring dengan fesyen kaftan dan jalabiya ~ trend terkini yang menjadi pilihan ramai wanita.

Gabungan eksklusif filligree dengan pelbagai jenis, bentuk dan dan warna manik, mutiara dan batu permata garnet, cloissone beadsdan kristal bernuansa mewah yang diekspresikan lewat persalinan ini, ilham rasa BnTB.



membentuk tiga bulatan besar sebagai subjek utama dalam rekaan ini pada kedua belah tangan dan sepanjang dada yang menampilkan keseluruhan rekaan, ringkas namun tampil mewah bergaya penuh pesona.



Untuk melihat paparan penuh persalinan ini, yok ke sini




Wednesday, 11-Aug-2010 18:18 Email | Share | | Bookmark
Tudung Beauty© iKa

 
 
Sebaik menatap Tudung Beauty© yang digayakan oleh Zahnita si model tersohor Malaysia, iKa pantas memesan mahukan yang seumpamanya.

Nah inilah hasilnya. Dapatlah iKa "feeling²" secantik Zahnita di hari raya... ◕‿~

cats eyes menjadi inti dua warna bunga teratai



bertemankan sang butterfly
✿◕‿◕✿




Monday, 9-Aug-2010 17:07 Email | Share | | Bookmark
Tudung Beauty© Umi

 
 
 
Akrilik hitam dan biru berbunga di dalam serta organza bersulam manik labuci menghiasi atas kepala



perincian serupa di bahagian depan tudung



bahagian belakang tudung juga bertatahkan arilik agar lebih cantik terletak kala dipakai...




Monday, 9-Aug-2010 11:20 Email | Share | | Bookmark
Salam Ramadhan

 

ramadhanA by kelamaya, on Flickr
Beadwork, photo, card design & graphic by Beauty & The Beads©


[<<  <  6  7  8  9  10  11  12  [13]  14  15  16  17  18  19  20  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net