It's not only about beads and beading. It's all about passion...

By: Beauty n The Beads

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  2  [3]  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Monday, 7-Mar-2011 18:12 Email | Share | | Bookmark
Suratan atau Kebetulan.....

Beberapa jam lagi akan bersiaran dalam Wanita Hari Ini, tiba² hati terkenang kepada Allahyarham Nenda Mariam Hj Hashim.

Tok Yam merupakan antara orang pertama yang memiliki edisi awal tudung Beauty hasil tanganku.

Siapa sangka ye Tok... Rupanya tudung hitam tak seberapa itulah yg telah mengorak langkah cucumu "sejauh" ini. Tentu Tok tersenyum lebar andai dapat menyaksikan cucunya di kaca TV esok bercerita tentang tudung dan manik. Namun DIA lebih menyayanginya. Semoga rohmu tenang di sana.

Salam rindu yang tak pernah padam walau jasad kita terpisah sejak 2005.
Alfatihah


arghhhhh sesungguhnya sedang stress tahap tinggi. dah seminggu badan tak berapa sihat dan sampai waktu ni tak mampu nak bersiap untuk esok. moga dipermudahkan segala urusanku selepas ini... Ameen


Monday, 7-Mar-2011 18:06 Email | Share | | Bookmark

OMG!
BnTB™ to appear on TV?
LIVE?




mampukah?????




Friday, 4-Mar-2011 14:09 Email | Share | | Bookmark

 
Jubah organza putih suci bertatahkan manik jernih bersulam perak telah diserahkan kepada saya enam bulan lebih awal daripada tarikh majlis. Walaupun bukan kali pertama menempah namun beliau bimbang kempunan bergaya cantik di hari bersejarah.

Beliau meminta persalinan ini diserikan dengan kombinasi warna² lembut sesuai untuk majlis akad nikah.




Santun dan manis namun tetap menyerlah.



Alhamdulillah, kini bergelar isteri sudah ◕‿◕




Sunday, 27-Feb-2011 02:27 Email | Share | | Bookmark
Princezna

 
Kurung pesak gantung yang Shila beli siap bermanik ringkas di leher sampai ke tangan saya untuk dirias lebih rapi. Seperti yang dipersetujui, manik asal dikekalkan agar tak rosak busana pernikahan.

Minta ditambah dengan perincian hitam, emas dan kebiruan biar sepadan sampin songket jejaka idaman. Kaki baju juga tidak ketinggalan, dirias serupa melengkap penampilan.






Telahpun selamat memeterai ikatan tanggal dua puluh enam haribulan. Alhamdulillah!


Thursday, 24-Feb-2011 23:32 Email | Share | | Bookmark
Beirada

 
Pelanggan yang seorang ini memang gemarkan corak manik tabur. Justeru, selepas Kräla, beliau mahukan corak seumpamanya pada persalinan kedua.

Kurung shantung merah hati tambah seri dengan percikan manik berwarna-warni...






Quote:
syiefa > tiada ungkapan yang lebih sesuai selain TERIMA KASIH


[<<  <  1  2  [3]  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net