It's not only about beads and beading. It's all about passion...

By: Beauty n The Beads

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  4  [5]  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Friday, 14-Jan-2011 14:01 Email | Share | | Bookmark
Piccolino

 
Kurung syifon dwi warna dengan sulaman dwi lapisan pada kaki dan tangan busana ditaburi manik labuci sebagai penyeri.

Taburan akrilik dwikon dengan labuci 3mm, manik heksagon dan manik bulat bersaiz sekecil 15/0 menghiasi sulaman






Keseluruhan persalinan dengan sulaman pada leher dilabuhkan sehingga 19 inci dan kedua² lapis sulaman pada belakang baju turut dirias serupa demi memenuhi permintaan si empunya...

Bakal menyusul paparan Tudung Beauty© sepadan melengkap penampilan.


Saturday, 8-Jan-2011 18:01 Email | Share | | Bookmark
Falbala

before make over
the result :D
Happy new year peeps! (still new aite? its just the 8th day. Well, i'm sorry... i've been bz like the Queen Bee..... T_T)

Anyway, to kick off the new year's posting, here's the outfit which was picked as the "Best Dress" during the 1st SMUT's Reunion held in JB last December.

"Studded"
red hoodie zipper matched with harem pants ~ the latest addition in BnTB™'s collections.

Enjoy the piccas!



ehemmm!



the complementary



♥ the harem pants



the boots



the result





Thursday, 23-Dec-2010 09:01 Email | Share | | Bookmark
Crumble Filligree

 
Syifon multirona berpotongan kurung moden, tempahan ketiga daripada Eleen yang berhajatkan sentuhan Crumble.




Sedar akan si empunya yang sering "cair" dengan filligree, maka sengaja diselitkan penggunaan material itu dalam versi Crumble kali ini. Walau sendiri sangsi dengan gabungan filligree dengan motif dan warna sedia sarat pada baju, namun akhirnya saya sendiri bagai jatuh cinta dengan hasilnya.




Tentu tambah teruja bila si empunya sendiri suka apatah lagi setelah semalaman berjaga untuk menyempurnakannya...


(ye, Crumble semalaman ini bermula jam 9:30 malam dan siap pada 6:30 pagi keesokannya)




Monday, 20-Dec-2010 11:11 Email | Share | | Bookmark
Bling Bling Baby

started from scratch. warna labuci ini telah ditukar akhirnya
Permintaan daripada si ibu yang teruja dengan kehadiran seorang puteri pelengkap famili.

Sesuai dengan gelaran puteri, tentunya persiapan menyambut kelahirannya dibuat penuh rapi. Walau si comel belum mengerti apa² namun si ibu yang memang dikenali sebagai penggemar fesyen glamor dengan stail tersendiri tetap mahukan sang puteri tampil berseri sejak usia sehari.

Maka selimut penghangat bayi rona baby
pink mahu disulam istimewa dengan nama indah sang puteri lengkap dengan hiasannya sekali.





Terhasillah
"Keisha" dengan sebuah tiara buat sang puteri....






Monday, 13-Dec-2010 02:45 Email | Share | | Bookmark
Layah Lilac Garden©

 
 
Sebaik melihat hasil kerjatangan yang dipersembahkan buat anak saudaranya, pantas beliau menghubungi saya, menyampaikan hajat untuk mendapatkan sentuhan pada busana dan layah pernikahannya. Namun pada saat akhir, saya dipertanggungjawabkan untuk fokus pada layah sahaja kerana si tukang jahit berjanji memanikkan sekali pakaiannya atas kelewatan beliau menyiapkan jahitannya.

Faham dengan gelora di hati Lily yang nyata tak berpuashati dengan hasil si tukang jahit, saya berjanji kepada diri sendiri untuk cuba menggembirakannya.

Impiannya untuk melihat kumpulan sang pepatung dan rerama yang merupakan "signature" BnTB™ diabadikan atas layah putih suci. Gabungan warna tema pula adalah daripada rumpun
lilac, lavender & purple sempena tema majlisnya.




Kala bertukar tangan, terlihat senyum manis diwajah mulus Lily ~ tanda berpuas hati. Alhamdulillah, syukur kepadaNya...




Antara dekorasi bertema serupa di majlis persandingan Lily & Shuk semalam. Manis kan?



Selamat Pengantin Baru ~ moga kekal hingga ke akhir masa...


[<<  <  1  2  3  4  [5]  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net