It's not only about beads and beading. It's all about passion...

By: Beauty n The Beads

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  4  5  [6]  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Tuesday, 7-Dec-2010 07:17 Email | Share | | Bookmark
Hijrah Sarah & Fiqa

Tahniah kepada pasangan klien BnTB™ yang melangsungkan perkahwinan mereka sempena Ma'al Hijrah hari ini.

Pertama kali menerima tempahan untuk menatarias material kapas bersulam untuk persalinan perkahwinan.

Memenuhi permintaan si empunya supaya menyerlahkan bahagian bordir kedua belah tangan, kolar mandarin hingga ke hujung belahan busana. Tidak mahu sarat berhias, memadai dengan permainan warna perak dan hitam sepadan dengan sampin songket kepunyaan si teruna.

Alhamdulillah, Sarah gembira dengan hasil keseluruhan transformasi berukuran 120 inci panjangnya...

Selamat Pengantin Baru buat Sarah Fazalul & Faidzunnaim. Semoga penghijrahan ke "alam baru" ini diberkati Illahi, rukun damai dan sentiasa naim




Yang turut berhijrah ke alam rumahtangga hari ini, seorang lagi klien yang pernah mendapatkan sentuhan BnTB™ untuk kerudung pertunangan
merah cilinya yang tetap diingati sampai kini.




Selamat Pengantin Baru Nurshafiqa Mohamad Salim dan Alfazari Ghazali. Semoga wangi cinta kekal mengharum hingga ke syurgawi...


Monday, 6-Dec-2010 06:12 Email | Share | | Bookmark
Salam Ma'al Hijrah

 


Hijrahlah daripada bawah ke atas
daripada buruk kepada baik
daripada duka kepada suka
daripada lemah kepada gagah
daripada mentah kepada matang
daripada amarah kepada sabar
daripada dendam kepada redha
daripada pasif kepada optimis
daripada putus asa kepada mencuba
daripada gagal kepada berjaya
daripada gelap semalam kepada esok yang terang
daripada kisah hitam kepada episod baru yang lebih cerah
daripada alpa kepada beringat sentiasa.

Salam Ma’al Hijrah buat semua...


Saturday, 4-Dec-2010 04:14 Email | Share | | Bookmark
Tudung Mumtazalea©

 
 
Demi menjawab pertanyaan, dipaparkan juga tudung kepala yang melengkap penampilan. Dah ada pun yang nak menempah lepas melihat gambar majlis lebaran tapi saya belum bersedia untuk memenuhi permintaan.....


Sebabnya, ini bukan "turban" yang dijahit molek, tapi sebenarnya hanyalah ilham spontan. Untuk tidak menghampakan, saya kongsikan versi BnTB punya tips pemakaian...

inilah kain lebih daripada sari 6 meter. saya mintak balik daripada tukang jahit, cadangnya nak tampal bahagian bercorak tu pada sengkuap tudung biasa...



gara² menjaga
hati masa yang sangat mencemburui, impian hanya tinggal impian... Mujur waktu ligat bersiap, otak pun sama ligat memikirkan tudung suaipadan persalinan

lalu jemari kasar pun terus ligat menari di atas kepala mencuba langkah demi langkah ini...
1) punjut & simpulkan bhgn hujung tengah kain/selendang
2) silangkan kedua belah kain pada atas kepala, bertindih antara satu sama lain
3) tarik kedua bahagian kain ke tepi bawah telinga dan ikat kemas
4) pinkan kerongsang pada punjut di atas kepala
(harap boleh cuba ye walaupun penerangan tak bergambar)

P/S nampak kan tepi kain yang tak berjahit langsung tu?




beginilah rupanya setelah siap disarungkan...


nota kaki: kalau tak mahu biarkan kelopak di tepi telinga tu, tarik ekor kain ke belakang tengkuk & sorokkan ke dalam turban (bawah sanggul)

Selamat mencuba!
(✿◠‿◠)


Saturday, 4-Dec-2010 04:12 Email | Share | | Bookmark
Mumtazalea©

 
 
 
Atas permintaan, disiarkan koleksi peribadi kurung kaftan daripada fabrik sari. Pernah digayakan kala menghadiri Rumah Terbuka FTIMDC lalu dan diulangpakai sempena majlis menyambut perayaan Diwali di tempat kerja baru² ini.






Untuk, melihat keseluruhan busana, jom singgah ke FB


Friday, 26-Nov-2010 20:59 Email | Share | | Bookmark
Krullen

 
 
 
View all 4 photos...
Lazim rekaan bermotif flora menjadi pilihan ramai wanita untuk disulamkan pada busana. Namun tidak dengan Safiah. Kata Safiah buatlah apa jua rekaan, namun yang berasaskan flora tidak sama sekali.

Menggemari kilauan kristal, permata dan seumpamanya maka digarapkan lingkaran demi lingkaran tali air berselang-seli dengan akrilik persegi.






"Kak, cantik! xsbr nk pakai sOk. sy br blk trOs cr bj dl. thanks taw kak! nnt tgu sy bg bj nikah pulak ye "

demikian bunyi SMS Safiah yg dikirimkan sebentar tadi.
Alhamdulillah...




[<<  <  1  2  3  4  5  [6]  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net