It's not only about beads and beading. It's all about passion...

By: Beauty n The Beads

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  4  5  6  [7]  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Monday, 22-Nov-2010 22:11 Email | Share | | Bookmark
Layah Maureena©

 
 
 
Warna-warna lembut merah samar, biru laut, kuning malap dan perak menjadi syarat merias layah kuning susu ini.

Mungkin tampak ringkas, namun proses patch-work apatah lagi atas fabrik syifon sutera krep nan gemalai memerlukan konsentrasi dan sentuhan yang teliti. Hiasan kristal dan swarovski yang ditabur rawak menjadik...an keseluruhan penampilan lebih eksklusif lagi.





Renyah menyulam renda terasa lega bila karya yang tak seberapa selamat diserahkan kepada sang Ratu Sehari.

Layari http://www.facebook.com/BeautyNtheBeads untuk lagi gambar terperinci


Monday, 15-Nov-2010 15:15 Email | Share | | Bookmark
Salam Eid-ul Adha

 
Pertama kali bakal menyambut Eid-ul Adha tanpa ayah bonda, adinda & isterinya. Didoakan agar mereka diberi kelapangan dan kesejahteraan dalam menyempurnakan ibadah di sana dan seterusnya selamat pulang ke pangkuan.


gambar di laman Masjid Nabawi. dan rindu pun datang lagi...

Marilah sama² kita menghayati erti pengorbanan. Semoga kita semua beroleh keberkatan...


Monday, 15-Nov-2010 08:28 Email | Share | | Bookmark
Tudung Nourel'Ain

 
 
 
Cepat benar masa berlalu pergi. Diam tak diam, Aidiladha kan menjelma lagi Rabu ini. Hampir terlupa nak berkongsi kerja ekspress di pagi Aidilfitri.

Adik saya yang juga obses dengan sang rama~rama merengek minta dijahitkan barang seekor dua pada sengkuap tudung Ariani.. Berbekalkan apa yang ada di teratak bonda dan masa yang tak panjang untuk beraya dengan mertuanya, maka terhasillah hiasan ringkas begini.






Wednesday, 10-Nov-2010 10:39 Email | Share | | Bookmark
Tudung Filligree Roslina

 
 
 
Satu lagi tudung Beauty tempahan Roslina sempena raya.

Jika yang pertama berona hitam berhiaskan sang sibu-sibu, yang ini pula berona kuning diraja.

Elemen klasik filligree digarap dengan labuci bunga dan akrilik keemasan buat saya sendiri teruja! ◕‿~






Monday, 8-Nov-2010 11:05 Email | Share | | Bookmark
Bungor

 
 
 
View all 4 photos...
Pertama kali menatarias persalinan daripada fabrik kapas. Kurung pesak dari Butik Bungor untuk Ian Sham, diberi sentuhan kuntuman bunga²an mekar, senada warna dengan corak asas.




motif bungo²an sobab tu la ian kato bagi namo bungor (bungo) eh... buleh namo bungo, buleh butik Bungor



Semoga lebaran lalu buat si tukang mekap yang terkenal dengan label The Magical Touch of IAN SHAM berpuashati dengan hiasan sebegini ringkas.


[<<  <  1  2  3  4  5  6  [7]  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net