It's not only about beads and beading. It's all about passion...

By: Beauty n The Beads

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  4  5  6  7  [8]  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Tuesday, 2-Nov-2010 01:14 Email | Share | | Bookmark
Tudung Hitam Nazz

 
 
Susunan akrilik merah dan keemasan menghiasi tudung syifon milik Nazz. Border daripada manik juga berwarna keemasan disulam bagai mengikat kemas susunan akrilik nan ringkas.





Tak perlu berlebih rias kerana mainan warnanya sudah mampu buat si pemakai tersenyum puas


Friday, 29-Oct-2010 18:40 Email | Share | | Bookmark
Fleur

 
 
 
View all 4 photos...
Syifon fuschia sarat dengan motif bungaan ala Inggeris berona terang disulam manik dan labuci paduan corak dan warna sepadan. Kristal dan chip beads menambah gemerlapan pada cekak tangan dan kaki baju kurung moden untuk bonda mertuanya yang tersayang...






Monday, 25-Oct-2010 09:38 Email | Share | | Bookmark
Kräla

 
 
 
Kurung shantung polos dengan perincian manik tali air disulam berliku sepanjang hujung tangan dan lehernya.

Hiasan batu pelbagai warna kontras dan senada menyerlahkan lagi ketrampilan sepasang busana.





Ringkas namun masih mempesona bak kata si empunya


Friday, 22-Oct-2010 10:00 Email | Share | | Bookmark
Tudung Beauty© Ai

 
 
 
Dua puluh sepuluh dua puluh sepuluh memahat kenangan ulangtahun perkahwinan Nur Aisah Rahim, antara pelanggan setia BnTB.

Disiarkan satu lagi tudung Beauty© yang ditempah sempena Aidilfitri, dengan iringan doa semoga mahligai kasih yang dibina kekal rukun damai dan berbahagia hingga ke akhir nanti.






Friday, 15-Oct-2010 11:12 Email | Share | | Bookmark
Crumble Butterfly

 
 
 
View all 6 photos...
Memenuhi permintaan teman baikku untuk merias kurung sutera krepnya dengan rekaan hangat masa kini.

Turut menggemari sang rama-rama, maka digarapkan variasi manik, mutiara, kristal dan swarovski sebagai penyeri.



manik beras yang jarang sekali diaplikasikan dalam rekaan BnTB, membentuk hybrid ~ cubaan pertama kali


signature design BnTB ◕‿~




[<<  <  1  2  3  4  5  6  7  [8]  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net