It's not only about beads and beading. It's all about passion...

By: Beauty n The Beads

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Saturday, 1-Nov-2008 01:11 Email | Share | Bookmark
Laman Dahlia©

Dek serangan migraine yang serius sehingga akhir Ramadhan, saya dengan rendah dirinya bertanya kepada tuan empunya baju sama ada beliau sanggup menunggu hingga lepas raya untuk bajunya disiapkan. Simpati kerana katanya itulah satu-satunya baju yang menepati tema raya tahun ini, saya dengan rela hati memulangkan baju Eyda selepas membuka semula jahitan pada tangan yang baru siap sebelah. Setidak-tidaknya Eyda boleh juga bergaya sedondon seisi keluarga di pagi 1 Syawal.

Sesungguhnya kita hanya mampu merancang tapi Dia penentu segala. Sambil memohon jutaan maaf, saya menitip pesan kepada Eyda, kalau dia tidak serik, sudi-sudikanlah hantarkan semula bajunya selepas raya. Ketika itu saya pasrah. Ada rezeki, adalah... Walau jauh disudut hati saya terasa amat ralat kerana tidak dapat menunaikan hajat Eyda sementelah ini kali pertama Eyda menghantar bajunya kepada saya.

Selepas cuti raya, saya menerima SMS daripada kakak Eyda yang bajunya akan sampai ke tangan saya semula. Untuk dipakai kala majlis raya istimewa. Saya terkesima. Tak sangka, percaya sungguh Eyda dengan kebolehan saya. Nyata dia tidak berpatah arang. Alhamdulillah. Kali ini saya nekad, saya akan pastikan Eyda berbangga. Bukan kerana apa, tapi berbangga bahawa kepercayaan yang Eyda berikan kepada saya tidak sia-sia.

Sehingga dua malam terakhir ke tarikh serahsemula saya berjaga sehingga ke lima pagi namun ilham tak juga kunjung tiba. Arghhhhhhhhh... Gementarnya saya saat itu hanya Tuhan saja yang tahu. Bimbang mengecewakan Eyda lagi. Terpaksalah saya kerah seluruh kudrat, fokuskan minda untuk pastikan misi saya berjaya. Akhirnya dapat juga saya menyudahkan sulaman saya ke simpulan benang yang terakhir. Pun begitu, dugaan tidak terhenti di situ saja. Hari yang sepatutnya saya serahkan baju Eyda, sidang mesyuarat saya pula berlanjutan hingga ke petang. Pantas saya SMS Eyna tanyakan bila sebenarnya majlis raya Eyda itu. Lega setelah mendapat tahu acaranya selepas Maghrib esok.

Demi memastikan baju Eyda sampai ke tangannya sebelum maghrib, saya tidak menggunakan khidmat penghantaran tetapi serahkan sendiri kepada kakaknya sambil berpesan kalau Eyda tak puas hati, terus beritahu saya supaya dapat saya perbaiki. Saya janji.

Menjelang Maghrib, hati saya semakin berdebar-debar. Kenapa Eyda sepi tanpa berita? Marahkah? Tak dapat juga bajunya kah? Dalam perjalanan pulang dari tempat kerja, saya nekad menghantar SMS kepadanya. Saya redha apa jua respons Eyda.

Selang beberapa minit, saya terima SMS ini:
From: +60193XXXXXX
Sent: Oct 23, 2008 7:45 PM

"Wslm. bru jap lg nak msg, ngah siap2. Akak i x akan pulgkan bju ni smula coz i SUKA... Cantiknya. TQ. Nnt i nak hntr bju shifon kosong plak. TQ2 puas ati

I truja tgok web akak. cntik2,suka.. I'Allah nnt kite nak tempah lg. TQ"


Tiada apa lagi yang mampu saya katakan selain "Syukur Alhamdulillah". Hilang segala gundah dan lelah...

(Dan benarlah kata orang, "kalau jodoh, tak ke mana"...)





Quote:
Kepada Eyda, inilah kisah benar di sebalik baju Eyda tu. Jutaan terima kasih atas kepercayaan Eyda kepada akak. Maaf zahir batin atas segala salah silap dan kekurangan kiranya ada ye. Moga kita sama-sama diberkati. Amin



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net