It's not only about beads and beading. It's all about passion...

By: Beauty n The Beads

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 14-Nov-2008 01:11 Email | Share | Bookmark
Qaseh Nadya©

Kita sering terdengar, wanita hamil pelbagai ragamnya. Ada yang naik seri pada wajahnya, ada yang tampak tak bermaya, ada juga yang gemar bergaya. Justeru, saya tak terkejut melihat potongan baju ini yang agak chic. Nadia mahukan dress baby doll rona merah samar ini disulam manik untuk dilaramkan ke resepsi perkahwinan kenalannya di sebuah hotel hujung minggu ini.

Potongan dres mini ini agak kompleks. Diperbuat daripada syifon polos, rekaan berlisu (pleat) di depan, kaki baju yang dijahit menggelembung (puff) mengikut trend terkini, tangan pula bercerut getah dan ada selapisan 'sayap'. Hmmm, mencabar juga untuk mencari idea...

Setelah puas berkira-kira, untuk memenuhi syarat Nadia tak mahukan yang sarat, manik tabur adalah pilihan yang tepat. Agar lebih manis, saya kombinasikan dengan kuntuman mawar daripada organza (saya tak berkesempatan lagi belajar teknik RE tapi mengaplikasikan teknik lipatan penyedut minuman yang terkenal suatu ketika dulu ) Kedengaran mudah tapi saya perlu menyulam dengan teliti. Bimbang benang menembusi lapisan belakang lisu mahupun lining. Saya juga teruja untuk menggunakan corak yang sama pada tangan tetapi cerutan getah cenderung terlipat ke dalam. Nanti tersorok pula sulam maniknya... Sebagai ganti, jalinan ringkas manik dan labuci diselang-seli pada 'sayap' kanan dan kiri.

Hmmm, maaf ye Nadia. Ilmu saya yang tak seberapa ni berasakan menyulam pada kaki baju yang menggelembung itu tidak sesuai kerana alunannya akan menyembunyikan sulaman manik. Nanti Nadia rugi...

Apapun, saya harap puan jurutera ini berpuas hati dan tampil menarik dengan aura ibu hamil yang comel! InsyaAllah.






View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net