It's not only about beads and beading. It's all about passion...

By: Beauty n The Beads

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 15-Dec-2008 01:50 Email | Share | Bookmark
Kesuma Hati©

Assalamu'alaikum WBT
Kepada yang tertunggu-tunggu jawapan kepada teka-teki tempohari, dan seperti yang telah dijanjikan, inilah dia... (Terima kasih kepada yang sudi meneka dan sabar menanti jawapannya... Harap2 tidaklah indah khabar dari rupa... )



Meski sebelum ini tak pernah bertentang mata, hanya berurusan melalui telefon genggam dan sembang maya, Zura memberi sepenuh kepercayaan kepada saya untuk memperindahkan persalinan sempena hari bahagianya.

Untuk kebaya yang ditempah khas sempena majlis persandingan Zura ini, saya cuma menggunakan labuci mangkuk bunga dan manik bulat berona emas sebagai penaikseri pada pelipat kebaya, hujung tangan dan kain. "Hot fix stone" pula dilekatkan antara corak tampuk songket supaya lebih menyerlah namun tetap memelihara kecantikan asli tenunannya.


(Saya terpaksa membuka dan menjahit semula butang pada pelipat baju Zura kerana corak tampuk songketnya yang tinggi rendah. Kalau tidak, nanti sulaman kerongsang emasnya jadi sengetlah! Kasihan Zura.... Habis beratusan ringgit membayar upah jahitan yang mutunya tidak seperti yang diharapkan... Nampaknya kena cari tukang jahit lain la ye Zura? )

Terpesona dengan Tudung Beauty yang memikat hati, Zura telah meminta saya membuatkan sehelai selendang untuk dipakai bersama layah* kala menjadi Ratu Sehari nanti. Setelah dipersetujui, syifon krep dua meter berona hijau lembut dibeli. Labuci dan jemeki rona keemasan disulam indah sebagai padanan dengan kebaya hijau pucuk pisang milik tuan puteri.



Baju yang dirancang untuk diposkan kepada Zura ke kampungnya dapat saya serahkan sendiri ke tangan Zura sewaktu memandu pulang ke JB untuk menyambut Aidiladha. Selepas mengatur janji, kami bertemu buat pertama kalinya di Hentian Tol Simpang Ampat. Tak lama setelah meneruskan perjalanan, saya terima SMS ini:

019265XXXX, 2:08:50PM
"Akak sorry... Lupe nk btaw. Baju n tudung tu seriOus sgt2 lawa..!! Thanx so much akak! Asek cenyum je dr td ney... Hik2... BTW, Slamat ari raye! Take care taw.. "


Demi memenuhi permintaan Zura yang mengirimkan sampai dua keping kad undangan (Zura kata kalau satu tandanya tetamu VIP, kalau dua VVIP la.... ) pada hari Sabtu, 13 Disember yang lalu saya pun bertandang ke mahligai ibu bapa Zura yang tersergam di Tampin. Dua mata ini telah menyaksikan sendiri persalinan lengkap ini bergemerlapan indah digayakan Zura. Hati gembira bukan kepalang tika menatap senyum manis yang tak lekang dari bibir sang permaisuri sepanjang majlis.

Zura turut berpesan agar saya tidak lupa menurunkan tandatangan dalam buku tetamunya. Catitan yang satu ini telah menarik perhatian saya...


(Ini memang tulisan asal dalam buku tetamu tu. Cuma warnanya di edit supaya nampak lebih jelas)

Waktu bersalaman, Zura sempat berbisik "Kak, ramai orang tanya kat mana saya tempah baju dan selendang ni. Dia orang kata cantik. Nanti saya bagi alamat FP akak ye. Saya ada baju lagi nak mintak akak jahitkan manik tau" Bonda Zura juga tak putus-putus mengucap terima kasih kepada saya. Alhamdulillah.

Maka pulanglah saya dengan senyum sampai ke telinga...
Oh ye, Selamat Pengantin Baru ye Zura & Khairul. Moga mahligai yang dibina kekal teguh bak sangkar emas yang menjadi pelamin nan indah, saksi persandingan kalian!


*layah = veil


Quote:
ija, jangan tunggu lama2...
mira, bukan penganten jer yg dok tersengih... ngan akak2 sekali da mcm kerang busyuk
wansya, masyuuuk...
izan, gamba peranten x dpt amek sgt sbb masa sampai aritu dorang tgh bz layan tamu lps sanding. kite pun tgh tgu dr cik photog nyer. kalau nk tgk, klik kat word "bersalaman" dlm n3 kat atas tu...
balkis, macih...
nash, bukan setakat beg kamera... SLR, DSLR pun leh letak labuci taw! time tu bukan hangat lagi, tapi panaz panaz panazzzzzzz!


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net