It's not only about beads and beading. It's all about passion...

By: Beauty n The Beads

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 30-Jan-2009 22:09 Email | Share | Bookmark
Mustika©

 
 
 
Yang ini pula kurung moden syifon biru Cikin. Sepertimana yang semua tahu, mengulit sehelai syifon bagai melayan rasa rindu. Tapi selalunya bersulam cemburu bila manik, benang dan kain bercelaru...
Apapun, saya tetap suka dengan hasil kerjatangan kali ini (bila lagi nak angkat bakul sendiri ye tak?). Walau tak sehebat identiti "Shimmering Flora" noramanik atau semeriah rekaan Kilauan Mustika, saya berasa gembira. Cukup teruja dengan gabungan fabrik, manik dan labucinya. Mungkin tak begitu menyerlah daripada segi pemilihan warna namun tetap menyejukkan mata memandang.

Untuk persalinan ini, saya sulamkan teknik sisik ikan dengan labuci mangkuk membentuk kuntuman anggerik, taburan mutiara dan manik di bahagian tangan. Sementara untuk bahagian lehernya yang berbentuk sampan, saya susunkan labuci mangkuk bunga membentuk piramid. Ringkas sahaja sesuai dengan penampilan Cikin yang bertudung.

Dan tentunya saya berhak untuk ketawa gembira bila Cikin dengan selamba mengirai baju-bajunya dalam Pizza Hut tengahari tadi. Tak cukup dengan itu, mencuba Tudung Beauty silih berganti!




Lewat petangnya, SMS ini sampai ke telefon mudah alih saya:

"Kak, time ksh byk2. Cantik bangat..x saba nk pkai esk,hehe..g knduri qeqah..huhu..mst kne glam slalu..

Memang glam adik yang baru naik pangkat jadi isteri orang ni. Tak semena-mena membeli Tudung Beauty sampai dua helai tadi.

Terima kasih daun keladi ye Cik Puan! Ada rezeki lebih tu, bolehlah menempah sulam manik atau tudung (dan belanja makan) lagi....


Akhir sekali, buat semua warga kota diucapkan Selamat Menyambut Hari Wilayah ke-35. "Wilayah maju, warga sejahtera"


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net