Want your
own Fotopage?






















 
It's not only about beads and beading. It's all about passion...

By: Beauty n The Beads

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
View complete fotopage

Sunday, 22-Feb-2009 22:02 Email | Share | Bookmark
Tudung untuk Marlia©

Hajat nak menanam bunga nampaknya belum kesampaian. Jauh sekali dapat bercuti ke bumi Belanda. Namun sesungguhnya Tuhan Maha Kaya. Rezeki saya masih ada. Walaupun belum dapat memijakkan kaki ke sana ataupun kawasan-kawasan yang sewaktu dengannya, saya telah menerima tempahan daripada Marlia yang sedang mengikuti pengajian ijazah kedoktoran di Netherlands.




Ada cerita lucu di sebalik tudung krim berenda emas ini. Tapi, biarlah hanya Marlia dan saya yang tahu, kan Marlia?

Apapun, terima kasih kepada Marlia (dan tentunya kepada kecanggihan sistem alam siber yang telah menemukan kami) kerana telah membuka peluang kepada saya . Siapa tahu selepas ini tudung Beauty akan ditemui di kota London ~ tersusun di atas rak gedung Harrods? Atau menembusi pasaran kota Bandung dan Jakarta malah syurga beli-belah Dubai pula kan? (amboi, punyalah tinggi angan-angan. Nak buka kiosk kat dalam negeri pun belum tentu lagi... Mesti ada yang ketawa terguling² dengar angan² Mat Jenin ni... Berpijaklah di bumi yang nyata wahai pembuat tudung picisan... )

Tapi bukankah pepatah ada mengatakan
"Tuah ayam nampak di kaki..."
Kata B&TB pula "Tuah tudung Beauty hanya Allah saja yang tahu".....

Quote:
allmoments ~ terima kasih sudi singgah. Insya-Allah, kalau tak berkerut dan herot la dahi Presiden Harrods tu melihat hasil kerjatangan saya, bolehlah saya masuk jarum... Entah² layak masuk tong sampah jer...
kis ~ bukan niatku untuk mengecewakanmu dik. tapi, alih² je order melimpah-ruah... maka terpaksalah daku mengukur baju di badan sendiri.
fadtyn ~ Salam. Patutla kite asyik tersedak² jer... Buat masa ni kedai B&TB beroperasi secara on9 saja la fadtyn... Silalah mencuci mata tengok sampel tudung & selendang di sini ye. kalau fadtyn duk dkt2 area KL ni, boleh juga kita mengatur temujanji.

Salam, bila tengok fp ni terus terpegun dengan hasil kerja tangan yang kreative & versatile. Semuga bisnes terus maju & impian nak masuk Harrods akan jadi kenyataan.. Mon 23-Feb-2009 02:12
Posted by:allmoments  - [Link]
amboi...dah samapi ke bumi Belanda tudung cik Beauty kite..org kat mesia masih tak menyempat nak order, br niat di hati, alih2 kate tempahan dah ditutup... ,camne nak wat?akak nak tanya..sulam tampal ni akak selalu beli kat mana?ade hajat besar tuk diri sendiri ni...hehehe Mon 23-Feb-2009 05:26
Posted by:balkis annural@yahoo.com  - [Link]
Salam...sumo org menyebut tentang selendang b&tb nih..rasanya memang nak memilikinya satu lah..... Akak ader kedai yg bole saya tgk2 selendang dan tudung2 akak??..... Mon 23-Feb-2009 05:51
Posted by:fadtyn
Zan apalagi.....cepat-cepatla buka kedai kalau tak sempat nyulam....sub je kat akak.
Baju amacam? dah mula gerak ke tailor ke?....
Mon 23-Feb-2009 14:58
Posted by:izan72  - [Link]
waaa..best nyer...Beauty n The Beads dh tembusi pasaran dunia..Tahniah kak....Berangan takper... make it inspiration for you.. Tue 24-Feb-2009 01:53
Posted by:angahsu sue_ya@yahoo.com  - [Link]
semoga dimurahkan rezeki.. Tue 24-Feb-2009 02:50
Posted by:imazam
ermmmm, tinggi cita-cita, besar harapan, kena kerja kuat tu,link kena bagus Tue 24-Feb-2009 03:58
Posted by:datin haryati karmilaharyati@yahoo.com  - [Link]
serius.. your dream boleh direalisasikan.. kita tak boleh bermula dengan terus besar, kena kecik2 dulu.. and later berkembang ke seluruh pelusuk alam. akak nak pekerja tambahan? hhmm.. jangan lupa.. saya sedia membantu! yeah!!! Tue 24-Feb-2009 04:09
Posted by:farahoney farahfarhana@yahoo.com
aha.. luvly!!! sempat lagi tu dalam kebizian dia... kak.. jarum sulam benang tu pakai jarum biasa tapi yg lubang besar pun boleh kan??? tu la org lain gi kelas kite dok pepandai sendiri.. siap bukak buku RJ ni masa nak beli jarum n benang sulam hahahaha... Tue 24-Feb-2009 06:24
Posted by:pepari pepari@gmail.com  - [Link]
PENATKAN NAK JAHIT MANIK NI....
SELALU TENGOK MANIK DEKAT BAJU PENGANTIN.....
PERGHHHH GRAND2....
Tue 24-Feb-2009 08:27
Posted by:Littlestars Studio littlestars_studio@yahoo.com  - [Link]
>> beautiful... Tue 24-Feb-2009 17:48
Posted by:<< jeff >>  - [Link]
~Hy...
~Inginkan rupa yang ANGGUN lagi menawan untuk hari bahagia anda???
~Solekan yang menawan tentu menjadi keutamaan...
~Sila hubungi saya & kunjungi ke teratak fp saya untuk melihat hasilnya...
~Jika berkenan dihati, boleh kita berkerjasama...
~Tq
Wed 25-Feb-2009 04:51
Posted by:mass anggun_chanteq@yahoo.com  - [Link]
kreatif design dan beadwork.
Congrat.

Ingin ke Netherlands? Apa istimewanya disana?

Ikut bole ke kalau kesana?
Wed 25-Feb-2009 06:10
Posted by:Mikhael
hai kak, apa kabar....lama tak jenguk fp akak...pulak dah tutup ker order....ingat baru nak order lagi satu...tak per nasib untuk bulan mei sis still open kan...reserve kan untuk saya boleh... Wed 25-Feb-2009 07:22
Posted by:elna elna_muffin@yahoo.com  - [Link]
Wah cantik lah...
Bile nak saya shoot model ni hehe...
Wed 25-Feb-2009 08:08
Posted by:Azahar-UKiR  - [Link]
laling, thanks for the tudung beauty...
memang sesuai dengan inner tu.
suka sesangat....

skang mengidam lagi ni...he..he...

take care!
Thu 26-Feb-2009 03:40
Posted by:Kak Khaty  - [Link]
Kak Izan, kalau satu hari nanti Kak Izan dapat promote tudung Beauty kat Harrods tuh, janganlah lupakan kitaorang, Cik KahKah kat sini.... Tak dapat gi London pun takper..asal dapat hantar gi KLIA, tukang angkat beg pun jadilah... Fri 27-Feb-2009 06:32
Posted by:nora manik nora.beads@yahoo.com  - [Link]
hi izan, x sabar nk pakai tudung tu..mmg cantik..,,nnti nk order lg..klau dtg holland, boleh saya jd tourist guide izan Fri 27-Feb-2009 09:57
Posted by:marlia
Biar angan2 dulu... satu hari nanti pasti jadi kenyataan kalau usaha berterusan... amin... caiyok!!caiyok!! Fri 27-Feb-2009 11:57
Posted by:Zai ButterflyBeads  - [Link]
AMIN..............smoga impian anda menjadi kenyataan AMIN.............. Fri 27-Feb-2009 16:23
Posted by:fahdfaisal fahdfaisal78@yahoo.com  - [Link]
hai...tumpang iklan erk...
siap yang ingin mendapatkan kek lapis ori sarawak...sila la ke fp sy...harga berpatutan lagi sedap...
Thu 27-Aug-2009 14:47
Posted by:dzila dzila1980@yahoo.com  - [Link]
Slm,.. i minat tdung yg mode Zahnita pkai "zahnita in BnTb". i nak tempah 3helai ..yg kaler coklat plain+ada corak+merah lace. Agak2 brape payment? Hope tempahan stil open 4me! Rayu sangattttt dkt akak..plsss..))
Biar lambt janji dpt!
Thu 12-Nov-2009 17:41
Posted by:Damica zcottage@yahoo.com.my
hi Damica, tempahan ditutup sehingga Jan 2010. Hny terima utk dlvry Feb 2010 onwards. Anything, boleh call/sms sy 0192321001 atau email beautynthebeads@gmail.com Sun 15-Nov-2009 01:47
Posted by:Beauty&TheBeads  - [Link]


Add your comment
Name
Email (optional)
Register for updates Register for this Fotopage update (requires email)
Register for entry comments update (requires email)

More...
Link URL (optional)
verification Code
fill in the below number in the box





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.