It's not only about beads and beading. It's all about passion...

By: Beauty n The Beads

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 27-Feb-2009 22:02 Email | Share | Bookmark
Tudung Pertunangan Erwin©

 
Gadis dan bunga. SF serba berdiri! hehe
 
 
 
Pertama-tamanya, saya ingin merakamkan ucapan setinggi² terima kasih kepada Kak Zalizan aka izan72. Walaupun selama ini beliau sendiri belum pernah menempah tudung Beauty dengan saya, tak pernah pun berjumpa, tapi sudi juga mengesyorkan kepada Erwin.

Hasil kali ini amat mencabar. Mungkin klise bunyinya tapi tidak pada saya. Mencabar kerana saya perlu memadankan corak Shimmering Flora (SF) yang disulam Kak Izan pada busana pertunangan Erwin dengan tudung Beauty. Tidak sempat bertemu janji sama ada dengan Kak Izan mahupun Erwin sendiri dek kekangan masa, maka kiriman gambar menerusi MMS dan email sahajalah yang menjadi panduan untuk saya memulakan misi.

Kala membeli kain syifon di sebuah gedung tekstil terkemuka di ibu kota, mata saya naik kelabu memilih warna yang paling tepat dengan baju Erwin. Saling membandingkan syifon kuning pelbagai nada yang disimbahi cahaya lampu limpah dan lampu panas dengan gambar baju di dalam telefon bimbit. Memang mengelirukan pandangan mata tapi saya tetap perlu membuat keputusan. (Itu pun masih tidak tepat 100% dan mujurlah anak tudung berona lebih gelap menjadi penyelamat!)

Secara peribadi, saya belum berkesempatan lagi membuat sulaman corak SF yang sedang mendapat tempat di hati para penggemar sulaman manik dan labuci. Tambah berdebar untuk bergandingan bahu dengan anak didik noramanik - si empunya identiti SF aka sifu Terasa sangat kecil diri saya yang tidak pernah mengikuti sebarang kelas menyulam...

Justeru, anda nilailah sendiri hasil kolaborasi maya izan72 dengan izan73 ini.







Terima kasih ye Wein kerana sudi berkongsi gambar² yang cantik - secantik tuan badannya (jangan marah akak edit sikit ye... )
Tahniah kerana telah bergelar tunangan orang kini. Semoga ikatan ini akan berakhir ke jenjang pelamin. Amin.


Akhir sekali, dedikasi ini khusus untuk Cembang.



Quote:
sangperindulara ~ terima kasih. Tapi takkan mampu menandingi sentuhan saudara.
pepari ~ mana ada senyap… huhahuha kat sini haa… teringin ye?
kak zan ~ mana nak lawan SF kak zan… geram betul tengok nye! Neway, tks ye kak. Kalau tak kerana akak, tak mungkin wujud kolaborasi ni.
wansya ~ mekasih…
aida ~ salam kenal. terima kasih sudi singgah sini.
balkis ~ bawak bersabar ye. kaler pun tak confirm lagi tu…
yan ~ terima kasih tak terhingga.
serina ~ nanti serina buat lagi lawa OK?
jemme ~ 10Q. cantik sebab aura seri si pemakai tu…
farah ~ thanks laling. yours is odw. tungguuuuuuuuuuuuuu!
dana ~ jangan memain. tudung tu dah siap baja, tu yang bunga tu jadi hidup… tak caya, cubalah!
afai ~ oitt… shimerring? silap cikgu ni… akak pun tak gi menuntut lagi ni…
tudung Siti akak tak jual. tudung Beauty ada la…
nur azza ~ Salam. terima kasih sudi bertanya. silakanlah ye… (dah ada pun yang cedok idea2 kat sini dan siap buat bisnes lagi. nur ni tukang jahit ke? mana tau boleh kita berkolaborasi) neway, all the best ye!


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net