It's not only about beads and beading. It's all about passion...

By: Beauty n The Beads

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 20-Mar-2009 20:03 Email | Share | Bookmark
Tudung Akad Lia©

 
Tudung Beauty daripada fabrik syifon krep rona putih susu bersulam manik serta jemeki hijau dan fuschia menjadi warna tema yang melatari persalinan akad Lia ~ sang ratu sehari.




Walau tidak dapat menyaksikan sendiri upacara ijab dan qabul Lia di Johor Bahru awal bulan ini, saya tetap ingin merakamkan sekalung penghargaan kepada Lia. Terima kasih kerana telah
memberi kepercayaan kepada saya untuk menjadi sebahagian daripada elemen yang melengkapi detik bersejarah dalam kamus hidup Lia, yang khabarnya dirias begitu cantik sekali oleh Zulfadzli Suhadi ~ si jurusolek selebriti!

Semoga Lia dan suami terus mengecapi musim bahagia meraikan cinta mereka sampai akhir nanti. Amin.



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net