It's not only about beads and beading. It's all about passion...

By: Beauty n The Beads

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 7-Apr-2009 10:01 Email | Share | Bookmark
Kayangan©

 
 
 
 
 
 
 
 
tentu mak bangga andai dapat menyaksikan sendiri detik ini
tetap tersenyum puas walau tewas
kerana pengalaman itu jauh lebih berharga
moga lebih banyak sijil-sijil akan terkumpul selepas ini
Memang sudah tertulis.

Meski di saat-saat akhir, saya berjaya juga menyertai 22 orang lagi peserta Pertandingan Sulam Manik, Kristal & Benang anjuran FTiMDC sempena ulang tahun penubuhannya yang ke-10.

Lama membayangkan rekaan yang lain daripada yang lain, namun ilhamnya tidak menjelma. Baru mula sekerat jalan, saya membuka semula jahitan kerana hati tak puas. Pilihan warna dan spesis rama-rama juga ditukar. Maka buntanglah mata saya kerana tidur cuma dua jam selama dua hari dua malam.

Terkesima bila mendengarkan sang juara mengambil masa tiga bulan untuk menyempurnakan sentuhannya sedangkan saya pula membuat "kerja gila" dalam masa
tak sampai pun tiga hari (sebab itu manalah mampu menandingi rekaannya yang begitu teliti berseni).

Dan inilah hasilnya yang saya hantarkan ke pejabat urusetia pertandingan lewat tarikh tutup tempohari. Kurung Pahang daripada fabrik sutera thai rona merah jambu mutiara diperindahkan dengan sulaman manik, labuci, kristal dan benang hijau muda sebagai penyeri.


Ketika si peragawati cantik melangkah masuk ke pentas peragaan, jantung berdegup laju. Seribu satu perasaan bercampur-baur dalam kalbu. Rasa gemuruh, bangga, terharu dan gembira bersatu. Mujur air mata tak tumpah dari relung mata tatkala cahaya lampu menyuluh ke dada baju. Titik tumpu pastinya pada sang kupu-kupu.






Ralat sungguh kerana terlepas siaran Berita di Astro Awani lewat petang Ahad lalu. Kata Siti, hanya dua koleksi yang dipertontonkan kepada umum dan hasil rekaan saya adalah salah satu daripadanya.

Yang pasti, peluang pertama kali menyertai pertandingan seumpama ini dan kesempatan untuk beramah-mesra dengan para pencinta seni sulaman membuatkan saya berasa seolah-olah di kayangan. Begitu berharga dan akan tersimpan rapi dalam kotak kenangan...


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net