It's not only about beads and beading. It's all about passion...

By: Beauty n The Beads

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 13-Apr-2009 01:34 Email | Share | Bookmark
Macam-macam hal...

Semalam singgah ke sebuah gedung tekstil di Jalan TAR. Sebaik saja melangkah ke tingkat 1, tiba-tiba seorang lelaki (yang saya kira orang penting di situ) berkata "Siti Nurhaliza datang!". Saya pun tertanya-tanya dalam hati sambil mengawal langkah, manalah tahu andai benar si penyanyi superstar memang datang membeli-belah.

Tapi misi mencari syifon tetap diteruskan dengan dilayani seorang gadis jurujual. Macam-macam soalan ditanyanya tentang tudung yang saya pakai termasuklah nak tahu di mana butik saya. Saya melayan seadanya sambil memilih-milih.

Sampai di kaunter pembayaran, lelaki tadi datang menghampiri. "Lawa tudung akak. Sulam tu buat di mana? Ni bukan yang pakai "patching" aje tu ke? Tu la... Sekarang semua nak buat macam A*i*n*. Siti pun tiru macam A*i*n*" katanya sinis. Usai membayar, saya mengangkat kening dan berkata "Iye ke?"... lantas berlalu pergi.

Hmmm, sepanjang 2-3 kali ke A*i*n*, patching tak patching pun, rasanya tak pernah sekali pun saya nampak rekaan tudungnya seperti hasil tangan saya ini walaupun harganya jauh berlipat-ganda daripada yang saya tawarkan.




Tapi iye lah, kalau nak bercerita asal-usul tudung yang kian hangat di pasaran ni, ibarat mencari asal-usul ayam dan telur juga... Sampai ke sudah tak pasti yang mana keluar dulu.... Yang penting, saya tak sekali-kali tiru A*i*n* jauh sekali dapat menandingi Dato' Siti.

Buktinya, cuba anda tengok gambar ni. Sampai dah naik kuning ditelan zaman... Betapa lamanya tudung Beauty telah menjadi identiti cuma kerana daku bukanlah siapa-siapa maka selama ini tiada siapa yang mahu memandang hatta dengan sebelah mata...



Tapi kalau tak silap saya (maklumlah ingatan dah tak berapa bagus bila usia dah meningkat ni), semenjak diperkenalkan di alam maya, hasil kerastangan saya yang tak seberapa ini telah menjadi ikutan sehingga mencetuskan fenomena dan juga menjana pendapatan sampingan kepada yang bijak ambil kesempatan. Opsss....
Namun saya tetap percaya bahawa Tuhan dah tentukan rezeki masing-masing...

Secara peribadi, saya suka kepada renungan ini. Bukan untuk menuding jari kepada sesiapa tapi sebagai peringatan kepada diri saya sendiri yang banyak kekurangan ini.

Kita kena selalu beringat, hidup ini ibarat roda. Ada masa kita di atas, ada masa boleh turun ke bawah. Kalaupun kita dah ada nama besar, jangan sekali-kali mendabik dada. Jangan sewenang-wenangnya memperlekehkan orang lain. Terkenal tak semestinya terbaik malah tak mustahil ada yang jauh lebih baik daripada kita. Ingatlah semua ini pinjaman daripada Dia Yang Maha Kaya. Andai Dia mahu menduga, segalanya boleh ditarik balik dalam sekelip mata. Bersyukurlah dengan kurniaan-Nya.

Wallahu'alam.


Apapun, agenda yang lebih penting untuk hari ini ialah dedikasi istimewa buat insan yang paling penting dalam hidupku...



Dan tidak ketinggalan juga, buat ian sham yang telah selamat melahirkan seorang putera pada 7 April yang lalu.



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net