It's not only about beads and beading. It's all about passion...

By: Beauty n The Beads

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 29-Apr-2009 15:30 Email | Share | Bookmark
Sepetang tanpa jarum dan manik labuci

macam² ada...
tokey Laksa Johor sedang mempromosikan air tangannya
punyalah sedap, sampai tak pandang kiri kanan pun
si comel ni pun asyik maksyuk
nora nak yang ni, yang tu, tu, tu jugak, sume2lah
kak dzila dan kamera cap naganya sedang beraksi
mehla order trifle & kek utk raya. saya sanggup tk buat beading
semua fokus bila RJ bersuara
ketibaan sang pepari
tu dia... sesekali mak budak dapat kudap twisties
ada gaya tak
jadi model tudung Beauty?
posing time
"budak" kacamata
tak lepaskan peluang
nora nk gak jeling kat kamera cap ayam ni padahal EJ depan mata
macam selebriti Hollywood la
sebelum balik, tengok ada tinggal apa² tak?
sempat lagi eja posing manja
Cik Kiah² berlenggang pulang
Mosheeda trifle
fruit salad dzilazee
Mosheeda choc cake
Laksa Johor izan72
ayam goreng berempah Annural
egg mayo sandwich nora
cucur pepari
chilled Twister
semua ni aku yang punya... miahahahaha
Memandangkan geng lain dah bercerita panjang lebar dalam FP masing², saya tak perlu berbunga² bahasa.

Jom cuci mata dengan sebahagian gambar² yang dirakamkan pada Sabtu, 25 April 2009 bertempat di Taman Tasik Cempaka, Bangi.

Dengan tema pakaian top putih & jeans, mereka yang datang terdiri daripada noramanik + egg mayo, kuah kacang & karipapnya; kak dzilazee + fruit salad; eja shariza + nasi putih, sambal tumis, air mineral & kudapan, balkis + ayam goreng berempah; pepari + cekodok c/w sambal kicap & ais krim; Kak Mosheeda + pudding trifle & pearl layer cake dan saya sekadar bawak air bujang cap Twister aje.

Kak izan72 selaku tuan rumah dengan murah hatinya telah menyediakan Laksa Johor, bihun goreng , mee siput (orang Johor mesti tau ni), jelly kelapa dan air soya. Alhamdulillah.

Terima kasih kepada Rosita Jaafar yang diiringi EJay kerana sudi "mencemar duli" untuk bersama² kami. Walaupun berkejar dari Pameran Buku di PWTC, RJ tetap datang.

Tidak dilupakan Bonda & adik² eja serta kanak2 Twister (tak mainlah Ribena aritu... ) yang mengiringi ibu masing².

Yang tak dapat hadir : zai butterflybeads, rozabeads, glamstarz & zaimanik.



Bagi pihak Cik Kiah² semua, kami menyusun sepuluh jari kerana terpaksa mengehadkan peserta perhimpunan yang julung kali diadakan ini. Insya~Allah, kami merancang untuk menganjurkan sessi keramaian pada masa yang sesuai kelak dan kali ini anda semua dijemput memeriahkan suasana. (Rajin²lah jenguk FP Cik Kiah² ni supaya tak ketinggalan keretapi ye!)

Akhir kata, selamat bercuti semua!


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net