It's not only about beads and beading. It's all about passion...

By: Beauty n The Beads

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 5-May-2009 03:05 Email | Share | Bookmark
Iris Nalita©

kalaulah baju nelly ni
"double-cuff" mcm baju ekin juga
mau tekeluar iris mata saya...
yg ni pun rs mabuk bkn kepalang mengadap manik labuci
Kita berehat dulu daripada siri tudung Beauty dan kini hasil sulaman manik labuci pada baju kembali ke laman BnTB.

Kurung moden daripada fabrik sutera opal ini telah lama dipulangkan kepada tuan yang empunya. Waktu menyerahkan kepada saya beliau menunjukkan sekeping keratan akhbar. Mata segera mengecam wajah si Raja SMS. (Ermmm, Mawi tak pakai baju bermanik labuci... Lainlah kalau si Azwan Ali.... detik hati saya)

Rupa²nya Nelly maksudkan orang di sebelah Mawi. Siapa lagi kalau bukan si isteri tercintanya yang cantik manis ~ Ekin. Nelly berkenankan corak sulaman manik dan benang pada double cuff dres Ekin. Duh... walaupun sulaman benang pada baju Ekin tu nampak mudah tapi waktu itu saya memang "buta" sulam benang.... (maksudnya baju ni dah lama, sebelum pertandingan Sulaman Benang & Kristal FtiMdc lagi. Sampai sekarang pun rasanya masih juga rabun sulam benang... )


"Ala kak, tak dapat sebiji, dapat yang ala² pun jadilah. Kat tangan je. Badan sume tak payah touch-up" gesa Nelly. Saya cuma mampu mengatakan bahawa saya akan cuba sedaya upaya memenuhi impiannya.

Dan inilah hasilnya yang telah mengukir senyum gembira di wajah Nelly. Lega.




Saya namakan
"Iris Nalita" sempena kristal bulat dan sulam benang yang kelihatan seperti iris mata dan Nalita pula atas permintaan Nelly untuk mengabadikan sebahagian daripada nama penuhnya yang unik.

Sementara menanti siaran sehelai lagi baju Nelly yang bercitarasa bukan sebarangan ini, saya ingin merakamkan ucapan tahniah kepada adinda saya Nourel'Ain dan pasangannya Hisyam al-Baqri atas kelahiran puteri sulung mereka pada 3 Mei 2009.


Alhamdulillah, berakhirlah kepayahan dan penantian Alang selama ini...


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net