Tuan punya kebaya ini mulanya meminta saya sulamkan corak seperti baju kurung Riau koleksi Aidilfitri tiga tahun yang lalu. Namun saya mengusulkan rekaan yang lain kerana saya berpendapat corak bunga²an tampak seperti tidak harmoni dengan motif petak² pada fabriknya. Diana menyambut baik cadangan saya untuk mengolah paten manik tabur dan kristal bersegi empat. Corak ringkas begini barangkali ada yang pernah terjumpa di tempat² lain. Mungkin sama tapi tak serupa. Yang penting kreativiti menggabungkan idea untuk mempelbagaikan rekaan. Variasi warna kristal dan manik adalah berdasarkan warna fabrik sutera Thai yang sungguh halus tenunannya.
Diana juga meminta saya mengubahsuai sehelai selendang panjang kepunyaannya menjadi tudung Beauty. Dengan panjang yang menepati ukuran, saya pun menjahitkan butiran kristal sepadan lengan kebaya.
Dan lengkaplah penampilan Diana yang sebenarnya saya kenali menerusi laman Facebook.
Ada sepersalinan lagi kurung moden daripada koleksi"the young Wealth Advisor" ini sedang menanti giliran untuk dirias. Akan dikongsikan bila sampai masanya.
Canti la akak,betul corak bunga2 x berapa sesuai dg motif petak2 pada fabrik.
*suke jahitan kristal kat tudung tu,simple but nice.
Saya ada 2 helai tudung mcm tu,klu saya nk buat mcm tu blh akak.....
Sun 31-May-2009 15:59 Posted by:lamiedaloca - [Link]
Hai kak izannn...
mm.. mozaic pulak... suka la... bagus kalau orang boleh bagi kita suggestion yg 'menjadi' mcm ni kan...
sapa2 nak cuci mata tgk manik labuci jahitan saya, sila visit my fp pulak.. timaksih....
Salam...
Kami menawarkan pakej2 katering beserta kanopi, makan pengantin beserta meja pengantin dan backdrop, scallop, make up, PA system, gubahan hantaran, kad kawin dll. untuk tahu lebih lanjut sila hubungi: