It's not only about beads and beading. It's all about passion...

By: Beauty n The Beads

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 3-Jul-2009 13:09 Email | Share | Bookmark
Tempahan daripada Aida©

 
 
 
 
 
Turtle neck yang Aida minta saya carikan untuknya
semuanya telah selamat sampai ke tangan Aida dua bulan lalu
Seperti yang dijanjikan, saya kongsikan di sini tempahan "luar biasa" daripada Aida.

Luar biasa kerana saya tidak pernah menerima tempahan sebegini selama berjinak² dalam dunia sulam manik labuci. Aida meminta saya menyulamkan manik labuci pada sarung lengan berwarna hitam dan krim. Memang tak pernah saya buat dan tak pernah saya jumpa di mana² pun sebelum ini. Wah, cabaran baru untuk saya. Bayangkan kepayahan nak menyusup masuk ke dalam renda yang sudah siap berjahit pada sarung tangan. Apatah lagi jari-jemari saya ni memang semulajadi tak mungil. Jauh sekali runcing...

Ini sarung lengan versi original. Bersulam pada renda dan seluruh sarung yang tinggi sampai ke pangkal lengan.



Transformasi selepas disulamkan manik labuci.







Brilliant bukan? Maksud saya idea Aida itu. Saya sekadar merealisasikannya.
Transisi berfesyen bagi Muslimah masa kini, tidak ketinggalan mahu tampil
bling² namun kekal menutup aurat.

Hmmm, hati kecil saya berbisik "tak mustahil akan menjadi ikutan selepas ini..."


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net