It's not only about beads and beading. It's all about passion...

By: Beauty n The Beads

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 10-Jul-2009 10:07 Email | Share | Bookmark
Selendang Gipsi Beauty© kembali!

 
 
 
 
 
Masih ingat dengan entri Selendang Gipsi yang saya buat pada awal tahun lalu?

Walaupun ketika itu belum dapat saya kongsikan gambar pemiliknya sekali, saya telah menerima tempahan dua helai selendang.

Satu berwarna hitam...



dan satu lagi warna coklat...



untuk seorang lagi mekap artis yang pernah menempah beberapa helai tudung Beauty sebelum ini. Dapatkah anda membayangkan betapa terujanya eifa hingga sanggup membuat satu sessi fotografi khas untuk selendang ini. Kerana sangat berpuashati bak kata eifa, beliau tak menunggu lama untuk menempah sehelai lagi.



model & mekap : eifa | top hitam & aksesori : himpunan peribadi eifa | selendang : Beauty & the Beads |
tukang tangkap gambar : erik radzi | editing 1 : eifa | editing 2 : BnTB


Sekian lama menunggu kiriman gambar pemilik pertama selendang ini, saya dikejutkan dengan kiriman SMS beliau pada suatu pagi.

Dalam diam si dia melaramkan selendang ini ke suatu acara yang termuat dalam majalah MIDI keluaran awal Jun 2009.



Dan dek penangan sulaman manik labuci pada selendang ini jugalah yang telah menambat hati Anna yang pernah menempah sehelai tudung Beauty tahun lepas. Untuk satu acara istimewa yang telah berlangsung pada bulan April yang lalu, beliau menempah sehelai lagi tudung Beauty berwarna putih dengan sulaman seperti selendang gipsi.




Terima kasih yang tak terhingga atas sokongan kalian!

Kepada yang berminat untuk mendapatkan perkhidmatan solekan untuk sebarang acara daripada kedua² mekap artis di atas, bolehlah melayari laman sesawang mereka seperti di bawah:

ian sham : http://iansham.fotopages.com/ atau http://www.iansham.com/
eifa : http://eifas-touch.fotopages.com/


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net