It's not only about beads and beading. It's all about passion...

By: Beauty n The Beads

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 15-Jul-2009 10:37 Email | Share | Bookmark
Teratai©

 
 
Susulan daripada Qaseh Nadya, ibu comel ini kembali menghantarkan sehelai kebaya pendek untuk dirias manik labuci.

Ronanya yang agak "menjerit" memerlukan kreativiti bermain warna untuk menjadikannya tampak lebih menyerlah.

Sekian lama menyulam corak bunga labuci begini pada tudung Beauty, kali ini saya cuba terjemahkannya pada pakaian pula. Tiga kuntum bunga labuci keemasan dan jingga berintikan Cat's Eye pada pelipat kebaya kelihatan seperti kerongsang tiga serangkai sementara perincian ranting dan dedaunan disulam pada bunga di hujung tangan baju.

Ringkas sahaja agar tidak serabut atau tenggelam dek motif flora sedia ada.




Nadia telahpun selamat menyarungkan kebaya ini di majlis perkahwinan saudara terdekatnya lewat cuti persekolahan yang lalu.

Terima kasih Nadia kerana sudi menghantar lagi.


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net