Kali ini, Nelly menyerahkan blaus merah cili berikat di tepi untuk diriasi batu akrilik hitam agar sepadan dengan renda yang dipilih si tukang jahit.
Lebih 80 biji batu akrilik bersaiz sebesar ruas ibu jari telah digunakan sebagai penaik seri blaus polos ini. Untuk memastikan batu-batan terletak kemas dan tidak bertindih antara satu sama lain di bahagian leher dan loket berbentuk bunga, saya telah menjahit sambil berdiri sepanjang malam. Sementara tugas menyusun batu-batan di hujung lengan menjadi lebih mudah kerana telah sedia dilapik pengeras.
Sebelum blaus ini, Nelly telahpun menempah beberapa helai tudung Beauty termasuklah yang ini.
Terima kasih buat Nelly kerana terus gemarkan hasil sentuhan saya.
perghhh...jait sambil berdiri sepanjang malam? biar betul Izan..
some beaders buat baju tu yang berdiri..he..he..
baju disangkut pada mana-mana hanger kemudian duduklah
dekat dengan baju tergantung tu...kita boleh duduk atas kerusi
atau nak selesa bersilalah dekat dengan baju.
Salam Owner,
EARLY BIRD 10 DAYS AUGUST PROMOTIONS!!!
Up to 30% Discounts on Telekungs Sulam from Indonesia. 20% Discounts on Telekung Cotton Jepun. Come and grab limited stocks.
Visit us http://reenasboutique.blogspot.com/
Sun 2-Aug-2009 04:58 Posted by:ReeNa reenakimura@gmail.com - [Link]
berdiri kak? waduh... mabellesss!!! tabik spring la... kalau saya sure dah terbaring meniarap bagai sume hahaha.. Btw this is simple yet sangat outstanding...