Want your
own Fotopage?




















 
It's not only about beads and beading. It's all about passion...

By: Beauty n The Beads

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 5-Oct-2009 06:17 Email | Share | Bookmark
Nurin Qaseh

 
Assalamu'alaikum WBT

Harap masih tak terlewat untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir batin.

Bertemu semula dengan entri pertama selepas demam raya... Kebaya bersulam kerawang milik Nurin sang jurumekap yang namanya kian meniti di bibir para penggemar seni solekan dan bakal raja sehari.

Seperti kebiasaan, transformasi sulam kerawang perlu dibuat dengan teliti. Menyulam manik labuci pada sulaman perlu berhati-hati kerana acapkali jarum terpatah dua. Pemilihan warna juga perlu dibuat dengan bijaksana agar sesuai dengan kain padanannya. Untuk kebaya Nurin ini, saya memilih untuk menggabungkan warna-warna yang serumpun supaya harmoni dengan warna kebaya yang sedia "menjerit".

Perhatikan sulaman polos tanpa manik di sebelah kiri (bunga labuci telah saya sulamkan terlebih dahulu) dengan yang telah diperindahkan di sebelah kanan.



Ini pula sulaman manik labuci pada kerawang di kaki kebaya.....



Keseluruhan tangan dan depan kebaya yang disarungkan pada majlis pertunangan beliau.





Kita tunggu gambar-gambar sempena hari pertunangan Nurin. Sementara itu, untuk anda yang ingin melihat hasil sentuhan jurusolek muda ini, sila layari http://nurinmakeover.fotopages.com


Kepada yang bertanyakan tentang gambar² hasil kerjatangan BnTB yang tak dapat dilihat di sini, sudi²kanlah singgah ke laman alternatif saya http://beautynthebeads.blogspot.com

Segala kesulitan amatlah dikesali, apapun saya harap anda tak serik untuk datang ke sini lagi....

JEMPUTAN MAJLIS RUMAH TERBUKA LITTLESTARS STUDIO PHOTOGRAPHY

Dengan penuh kesyukuran kami ingin menjemput Tuan/Puan sekeluarga hadir kemajlis rumah terbuka kami pada hari Ahad 11Okt2009 Bersamaan 21 Syawal 1430h
bertempat di No 58,Jalan BSE 4/22,Bandar Seri Ehsan,42700 Banting Selangor..

Aturcara Majlis : 2pm - 7pm
Tue 6-Oct-2009 14:59
Posted by:LITTLESTARS STUDIO PHOTOGRAPHY littlestars_studio@yahoo.com.my  - [Link]
nice baju color purple tu!

------------------------------------------
Homestay di Bandar Melaka. Murah RM120 / night. Cuma 3KM dari Melaka Sentral. 10min A Famosa & Mahkota Parade. Eye of Malaysia. 4 Bilik. Aircond Sesuai untuk family dan group.
http://melakahomestay.fotopages.com/
Tue 6-Oct-2009 18:47
Posted by:Melaka Homestay  - [Link]
Salam perkenalan cik beauty.. Terima kasih daun keladi sbb sudi ziarah FP saya yg tx secantik FP n B.Spot Cik Beauty. Baju yg dah siap tu ada kt butik andaman di Nilai.. Harap saya dpt byk menimba ilmu dgn Cik Beaty yg memang beauty n sweet ni...!!! Selalu juga saya jengah FP BNB sbb kagum dengan hasil kerja tgn dan juga make-up FP tu sendiri.. Wed 7-Oct-2009 06:57
Posted by:Sarimah asimah6469@gmail.com  - [Link]
Salam
Cantiknya hasil kerja BnTB
Halus dan berseni
Wed 7-Oct-2009 11:49
Posted by:meorjay meorjay65@yahoo.com  - [Link]
Print your picture on your door gift or souvenir items.. visit www.zprint.com.my Wed 7-Oct-2009 18:09
Posted by:z printing solution azuraww@yahoo.com


Add your comment
Name
Email (optional)
Register for updates Register for this Fotopage update (requires email)
Register for entry comments update (requires email)

More...
Link URL (optional)
verification Code
fill in the below number in the box





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.