It's not only about beads and beading. It's all about passion...

By: Beauty n The Beads

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Saturday, 20-Feb-2010 08:48 Email | Share | Bookmark
Kayangan©

 
Assalamu'alaikum WBT

Lama tak bersiaran dek memenuhi pelbagai tuntutan dalam meladeni kehidupan seharian. Daripada tuntutan masa, rutin pejabat, kondisi kesihatan dan 1001 macam tuntutan lain yang memerlukan masa, tenaga dan wang yang bukan sedikit.

Apapun, mulai hari ini saya akan cuba mengemaskini laman ini agar tidak jemu dipandang mata. Siarannya pula nanti tidak mengikut kronologi namun akan tetap saya kongsikan satu persatu bermula dengan koleksi tahun lalu. Insya-Allah. Bimbang juga ada yang terlepas pandang, almaklum kad memori dalam kepala ni hampir penuh kapasitinya.

Ditampilkan dahulu siri "Kayangan II" yang menyusul pantas selepas tersiarnya rekaan "Kayangan" yang dihasilkan istimewa sebagai penyertaan dalam Pertandingan Sulaman Manik, Benang dan Kristal anjuran FTiMDC hampir setahun yang lalu.



Motif rama-rama masih dipelihara sebagai identiti BnTB©.



Sementara sentuhan baru diberi pada sulaman manik labuci dan kristal di bahagian leher dan tangan. Berbeza dengan rekaan asal, rekaan kali ini tidak menggunakan sulaman benang bersesuaian dengan bajet yang dianggarkan.




Alhamdulillah, si empunya baju berpuas hati untuk kesekian kali.

Sampai di sini dulu buat kali ini. Buat Ika & Farah, insyaAllah tempahan kalian akan diserahkan tak lama lagi. Terima kasih atas kesabaran kamu yang amat saya hargai. Dan tak lupa kepada Aza juga. Sementara tempahan baru akan dikemaskinikan senarainya.

Kepada panggilan, sms dan emel yang belum berbalas, harap bersabar ya. Ada kalanya tak dapat dijawab serta-merta dek tugasan di tempat kerja (Ya, saya adalah pekerja pejabat seperti kebanyakan orang di luar sana. Seni sulaman manik labuci dan kerjatangan yang seumpamanya serta aktiviti lain cuma disempurnakan kala senggang).

Dan oh ya, buat waktu ini "butik" Beauty & the Beads hanya beroperasi di laman maya. Membuka butik sebenar di premis perniagaan adalah impian yang hanya DIA Yang Maha Tahu bila dan adakah 'kan menjadi kenyataan.....

Doa dan sokongan kalian hanya Allah SWT jua yang mampu membalasnya.

Jumpa lagi!


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net