It's not only about beads and beading. It's all about passion...

By: Beauty n The Beads

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 25-Jun-2010 11:08 Email | Share | Bookmark
Farra Dolce

 
Alhamdulillah, saya telah selamat kembali. Terima kasih kepada semua yang mendoakan keselamatan dan kesejahteraan saya sepanjang pemergian.

Walaupun kesihatan agak tidak begitu baik, namun setelah beberapa hari, saya tak mampu membendung lagi kerinduan kepada laman yang telah dibiarkan sepi sejak dua minggu lalu.

Kembali menyemarakkan laman ini, ditampilkan hasil transformasi jubah perak polos berpotongan kontemporari ini yang datangnya daripada Farra yang telah mendapatkan sentuhan saya untuk majlis pertunangannya tahun lalu.

Sebaik menatap karya "Rosa Dolce" pantas Farra memberi isyarat mahukan rekaan serupa untuk busana pernikahannya.



sulaman labuci bunga membentuk pending di pinggang jubah, diperindahkan dengan kristal berinti bunga dan taburan rawak swarovski



Berkali-kali dipeluk dan dicium pipi saya meyirnakan kegembiraan yang tak terucap dengan kata-kata. Apa lagi yang mampu dilafazkan selain syukur kepada Yang Maha Esa.




View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net