It's not only about beads and beading. It's all about passion...

By: Beauty n The Beads

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 7-Dec-2010 07:17 Email | Share | Bookmark
Hijrah Sarah & Fiqa

Tahniah kepada pasangan klien BnTB™ yang melangsungkan perkahwinan mereka sempena Ma'al Hijrah hari ini.

Pertama kali menerima tempahan untuk menatarias material kapas bersulam untuk persalinan perkahwinan.

Memenuhi permintaan si empunya supaya menyerlahkan bahagian bordir kedua belah tangan, kolar mandarin hingga ke hujung belahan busana. Tidak mahu sarat berhias, memadai dengan permainan warna perak dan hitam sepadan dengan sampin songket kepunyaan si teruna.

Alhamdulillah, Sarah gembira dengan hasil keseluruhan transformasi berukuran 120 inci panjangnya...

Selamat Pengantin Baru buat Sarah Fazalul & Faidzunnaim. Semoga penghijrahan ke "alam baru" ini diberkati Illahi, rukun damai dan sentiasa naim




Yang turut berhijrah ke alam rumahtangga hari ini, seorang lagi klien yang pernah mendapatkan sentuhan BnTB™ untuk kerudung pertunangan
merah cilinya yang tetap diingati sampai kini.




Selamat Pengantin Baru Nurshafiqa Mohamad Salim dan Alfazari Ghazali. Semoga wangi cinta kekal mengharum hingga ke syurgawi...


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net