Want your
own Fotopage?






 
It's not only about beads and beading. It's all about passion...

By: Beauty n The Beads

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  3  4  5  6  7  8  9  [10]  11  12  13  14  15  16  17  >  >>]    [Archive]
Saturday, 25-Sep-2010 09:38 Email | Share | | Bookmark
Layah Fatihah©

 
 
 
Demi memastikan hasratnya kesampaian, Fatihah menempah seawal tujuh bulan. Tema putih merah menjadi pilihan, menjadi pelengkap busana perkahwinan.





Semoga berbaloilah sebuah penantian. Selamat Pengantin Baru diucapkan...


Friday, 24-Sep-2010 06:25 Email | Share | | Bookmark
Tudung Pepatung Roslina©

 
 
 
Terus menjadi pilihan, rekaan pepatung yang dipelopori oleh BnTB tahun lalu.



menghiasi tudung Beauty© hitam Roslina di Johor Bharu



Ina tanya macamana jahit badan pepatung ni tapi tak nampak pun benang di balik tudung?



Jawapannya ~ susupkan molek² di dalam manik beras satu persatu...




Friday, 24-Sep-2010 06:13 Email | Share | | Bookmark
Crumble

 
 
"GERAM"bLe melihat serakan aneka manik, labuci, kristal dan muti
View all 4 photos...
Rekaan "Crumble" ilham kreatif Si Pepari terus menjadi pilihan ramai di Aidilfitri. Tidak mahu terkecuali, Ros meluahkan hajat menerusi peti pesanan Blackberry.

Tentunya tak akan menyamai air tangan teman² sealiran yang telah banyak menghasilkan rekaan ini. Jauh sekali dapat menandingi sentuhan magis si Pepari. Apapun, yang termampu sedaya upaya cuba diberi.

Menyelitkan beberapa
"BnTB's must have items" , terhasillah "Crumble" versi BnTB

mutiara, kristal dan mata kucing



labuci cincin yang banyak digunakan dalam rekaan BnTB sebelum ini turut diselitkan



akhir sekali tak ketinggalan, satu lagi identiti BnTB





Friday, 24-Sep-2010 06:02 Email | Share | | Bookmark
Selendang Biru Nadia©

 
 
 
Selepas Qaseh Nadya, Nadia menghantarkan dua helai selendang polos untuk ditransformasikan.

Warna biru diraja ini dari mula sudah menambat mata. Lepas dimanik cantik, makin menggetar jiwa...






Friday, 24-Sep-2010 05:58 Email | Share | | Bookmark
Margarita©

 
 
Tahun kedua berbaju raya dengan sentuhan BnTB, Ros yang gemarkan rekaan Laman Dahlia, meminta dibuatkan satu untuknya.

Motif bunga yang menjadi tonggak utama rekaan asal, diubahsuai menghiasi kurung pesak kuning belalang kunyit ini. Alhamdulillah, walau ringkas yang penting Ros berpuashati.






[<<  <  3  4  5  6  7  8  9  [10]  11  12  13  14  15  16  17  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2014.

ns4008229.ip-198-27-68.net